Close

OnePlus 10T akan mula dijual di Malaysia pada 1 September ini

OnePlus secara rasminya melancarkan peranti mercu baharu mereka iaitu OnePlus 10T. Selepas tidak melancarkan siri “T” pada siri OnePlus 9 kini OnePlus mula menawarkan semula siri tersebut.

Seperti yang kita tahu, siri “T” ini menfokuskan kepada kemampuan prestasi dan dijual dengan harga yang lebih kompetetif. Selain itu, siri ini juga tidak menfokuskan kepada kemampuan fotografi berikutan itu tiada sistem kamera Hasselblad disertakan.


Walaupun begitu, siri ini masih memberikan pengalaman fotografi pada tahap tertinggi dengan membawakan beberapa fungsi kamera seperti Image Clarity Engine 2.0, Super HDR dan TurboRAW.


OnePlus turut membawakan pengecasan pantas SuperVOOC 150W pada OnePlus 10T yang mampu mengecas 1% ke 100% hanya dalam 19 minit. Fungsi ini menjadikan OnePlus 10T peranti pertama dalam barisan OnePlus hadir dengan fungsi sebegitu.

Menariknya, pada acara pelancaran tersebut OnePlus turut mengumumkan yang OnePlus 10T akan memasuki pasaran tempatan seawal September dengan harga jualan akan diumumkan pada 18 Ogos ini.

ARTIKEL BERKAITAN