Close

Beratur panjang semalaman demi untuk beli siri Xiaomi 12T

Hari ini merupakan hari pertama penjualan Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro di Malaysia. Biarpun, penjualan bermula jam 10 pagi tadi, namun terdapat beberapa pembeli telah beratur lebih awal untuk mendapatkan peranti ini.

Pembeli dikatakan telah mula beratur seawal jam 10 malam semalam, di beberapa lokasi Mi Store seperti di Pavillion Kuala Lumpur, 1 Utama dan juga MidValley.
Antara tawaran menarik yang dibawakan oleh Xiaomi pada siri Xiaomi 12T adalah seperti :-
  • 10 pagi – 12 tengah hari : PERCUMA Xiaomi TV A2 43-inci (Bernilai RM1,299)
  • 12 tengah hari – 2 petang : DISKAUN sebanyak RM 1,200 untuk pembelian Xiaomi TV A2 58-inci (Bernilai RM2,799)
  • 4 petang – 6 petang :  DISKAUN sebanyak RM 50 untuk pembelian Xiaomi Smart Band 7 Pro (Bernilai RM299)
Tawaran ini masih berjalan di beberapa Mi Store terpilih. Namun begitu, tawaran ini tertakluk kepada konsep sementara stok masih ada.

ARTIKEL BERKAITAN