Close

Pelan Basic Netflix Di Malaysia akan menyokong resolusi 720p bermula November ini

Netflix Malaysia bakal menawarkan resolusi yang lebih tinggi iaitu 720p untuk pelan asas mereka. Yang mana sebelum ini, pelan asas tersebut hanya menyokong resolusi maksimum pada 480p sahaja.





Naik taraf resolusi tersebut akan mula tersedia bermula November ini dan ia masih ditawarkan dengan harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM35. Dengan peningkatan resolusi yang lebih tinggi, ia bakal memberikan pengalaman menonton yang lebih baik berbanding sebelum ini.




Netflix sebelum ini, turut mengemas kini pelan mereka dengan memperkenalkan pelan baharu iaitu pelan langganan dengan sokongan iklan (Basic with Ads). Pelan ini ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dari pelan asas. 


Pelan baharu ini akan tersedia di 12 buah negara iaitu Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Yang mana ia boleh mula dilanggan bermula November ini.  Pelan ini dijangka akan diperluaskan dan Malaysia mungkin adalah negara yang seterusnya.


ARTIKEL BERKAITAN