Berdasarkan dari perkongsian terkini, iQOO 11 5G sah akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Sekaligus, menjadikan iQOO 11 5G peranti terawal yang akan hadir dengan cip terkini dari Qualcomm.
Cip Snapdragon 8 Gen 2 menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 35%, peningkatan grafik sehingga 25% dan juga kecekapan penggunaan kuasa sehingga 45%.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang dikongsi mengenai iQOO 11 5G. Namun, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.