Close

Senarai iPhone yang bakal menyokong 5G di Malaysia tiada lagi dalam DNB

Sebelum ini, DNB telah menyenaraikan beberapa model iPhone yang akan menyokong perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia.

Antara model iPhone yang disenaraikan oleh DNB yang akan menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah iPhone 12, iPhone 12 Mini, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.
Namun, mengikut kemaskini terbaru DNB iaitu pada 10 November 2022. Tiada lagi pilihan senarai peranti yang akan menyokong rangkaian 5G di Malaysia, yang mana sebelum ini pilihan tersebut menyenaraikan peranti Apple yang akan menyokong 5G.
Tidak dapat dipastikan mengapa DNB mengeluarkan pilihan senarai peranti yang akan menyokong rangkaian 5G. Mungkin, terdapat perubahan untuk peranti yang bakal menyokong rangkaian 5G di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN