Close

Ini cara untuk aktifkan rangkaian 5G di iPhone

Seperti yang kita tahu, melalui kemaskini iOS 16.2 pengguna iPhone kini boleh menikmati rangkaian 5G di Malaysia. 



Namun begitu, tidak semua model yang menyokong rangkaian 5G. Antara model yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah seperti iPhone SE (2022), siri iPhone 12, siri iPhone 13, dan siri iPhone 14.


                                   


Bagi pengguna yang menyokong rangkaian telekomunikasi 5G seperti Digi, Celcom dan U Mobile. Anda boleh mengaktifkan atau mematikan rangkaian 5G dengan bebarapa langkah mudah, iaitu pergi ke Setting > Mobile Data > Mobile Data Options > Voice Data. Pada bahagian Voice Data, anda boleh memilih untuk mengaktifkan 5G secara automatik, hanya 5G atau 4G. Selamat mencuba.

ARTIKEL BERKAITAN