Close

OnePlus menjadualkan acara pelancaran OnePlus 11 5G pada 7 Februari 2023

OnePlus hari ini berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu OnePlus 11 5G pada 7 Febuari 2023 di India.





OnePlus 11 5G dijangka akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Gen 2. Sebelum ini juga, OnePlus turut berkongsi video rasmi OnePlus 11 5G yang memperlihatkan ia hadir dengan menggunakan rekaan kamera jenis bulat bersama dengan penjenamaan kamera dari Hasselblad. Selain itu, OnePlus turut mengembalikan butang ikonik mereka iaitu butang alert slider pada OnePlus 11 5G.


Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh OnePlus. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

Pada acara yang sama, OnePlus akan turut mengumumkan produk peranti boleh-pakai baharu mereka iaitu OnePlus Buds 2 Pro.

ARTIKEL BERKAITAN