Close

Siri Xiaomi 13 sah akan memasuki pasaran Global tidak lama lagi

Siri Xiaomi 13 telahpun dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember yang lalu di China. Pada acara tersebut, Xiaomi turut mengumumkan beberapa produk baharu termasuklah sistem operasi baharu iaitu MIUI 14 yang berasaskan Android 13.

Terkini, CEO Xiaomi iaitu Lei Jun berkongsi berita gembira mengesahkan yang siri Xiaomi 13 akan memasuki pasaran Global tidak lama lagi. Namun begitu, beliau tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk pasaran Global.
Siri Xiaomi 13 merupakan peranti Xiaomi pertama hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X dan juga storan dalaman UFS 4.0. Tidak ketinggalan, ia juga hadir dengan kamera dari Leica dan juga sensor sebesar 1-inci.
Dari segi rekaan, Xiaomi 13 hadir dengan rekaan jenis berkotak bersama dengan skrin jenis rata. Sementara, untuk Xiaomi 13 Pro ia hadir dengan rekaan bingkai dan skrin jenis melengkung untuk kelihatan lebih premium.
Sebelum ini, Xiaomi 13 Pro telahpun dikesan melepasi pengesahan SIRIM. Sekaligus memberi bayangan yang Malaysia mungkin menjadi negara terawal yang akan menawarkan peranti tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN