Close

AirPods Max baharu dan AirPods Lite dijangka akan dilancarkan pada 2024

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple mungkin akan hadir dengan AirPods versi mampu milik yang akan dikenali sebagai Airpods Lite.

Terbaru, menurut Kuo. Apple bukan sahaja akan hadir dengan AirPods Lite tetapi Apple dijangka akan turut hadir dengan AirPods Max generasi kedua yang mungkin akan dilancarkan pada suku kedua 2024 atau suku kedua 2025.

AirPods Max generasi kedua dijangka akan menawarkan beberapa peningkatan seperti kualiti bunyi, jangka hayat bateri yang lebih panjang, bekas penyimpanan, reka bentuk yang lebih baik dan pilihan warna baharu.

AirPods Max telahpun dilancarkan pada Disember 2020 dengan ciri ANC dan dijual pada harga RM2,499. Dengan usia yang akan mencapai empat tahun tidak lama lagi, ia mungkin waktu yang sesuai untuk Apple melancarkan generasi kedua.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN