Close

Apple dilaporkan akan memberi kemas kini untuk menyelesaikan masalah skrin pada iPhone 14 Pro

Masalah skrin pada iPhone 14 Pro kini dilihat semakin serius apabila semakin ramai pengguna melaporkan menghadapi masalah tersebut.


Berikutan dari itu, Apple telah mengeluarkan maklum balas mengenai masalah tersebut dan akan memberikan kemaskini untuk menyelesaikannya. Menurut Apple, masalah tersebut adalah disebabkan oleh pepijat dan dapat diselesaikan melalui kemaskini akan datang.
Sebelum ini, pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dilaporkan mengalami masalah yang skrin berkelip atau keluar garisan hijau apabila skrin dihidupkan.

Perkongsian yang dibuat melalui Reddit itu telah merekodkan berpuluh-puluh pengguna melaporkan mengalami masalah yang sama. Skrin berkelip dan mengeluarkan garisan hijau beberapa saat sebelum hilang selepas dihidupkan.

Buat masa ini, Apple tidak memberikan sebarang maklumat mengenai ketersediaan bagi kemaskini tersebut. Kami menjangkakan ia mungkin akan dilepaskan dalam beberapa minggu akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN