Close

iPhone 15 dan 15 Plus dijangka hadir dengan kamera 48 MP

Berikutan dari kegagalan iPhone 14 Plus, Apple dikatakan sedang menyusun semula strategi dalam menilai cara pengendalian model Pro dan bukan Pro untuk iPhone 15.

Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan akan membawakan beberapa peningkatan yang lebih baik pada model bukan Pro untuk iPhone 15. Antara peningkatan yang akan dibawa pada iPhone 15 dan 15 Plus adalah mengenai kemampuan kamera.
Menurut Jeff Pu, iPhone 15 dan 15 Plus dijangka akan hadir dengan kamera utama 48 MP. Yang mana, kamera tersebut buat masa ini hanya tersedia secara eksklusif pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max sahaja. Walaubagaimanapun, kedua-dua tersebut tidak akan dilengkapi dengan kamera telefoto untuk zum optik atau pengimbas LiDAR.
Selain akan hadir dengan kamera yang dipertingkat, iPhone 15 dan 15 Plus dijangka akan turut hadir dengan port pengecasan jenis USB-C bukannya Lightning. Namun begitu, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan, memandangkan pelancaran iPhone 15 masih lagi panjang.

ARTIKEL BERKAITAN