Close

OnePlus Pad dijangka akan dilancarkan bersama OnePlus 11


Seperti kita tahu, OnePlus telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk OnePlus 11 pada 7 Februari ini secara global.



Pada acara tersebut, OnePlus dijangka akan turut melancarkan beberapa produk lain iaitu papan kekunci, TV pintar dan juga aksesori audio. 


Terkini, terdapat laporan menyatakan OnePlus mungkin akan turut melancarkan tablet pertama mereka iaitu OnePlus Pad pada acara tersebut. Yang mana, tablet tersebut telahpun disenaraikan di laman web rasmi OnePlus bersama dengan OnePlus 11, OnePlus 11R, OnePlus Buds Pro 2 dan OnePlus TV Q2 Pro.



Namun begitu, laman web rasmi tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai OnePlus Pad sebaliknya hanya menyatakan “What’s More” pada bahagian tersebut dengan imej produk berbentuk segi empat.


Berdasarkan dari laporan sebelum ini, OnePlus Pad telahpun dikesan dengan mengunakan kod nama “Aries” dan dijangka akan membawakan spesifikasi yang sama seperti Oppo Pad Air hadir dengan cip Snapdragon 680, skrin 7.1-inci IPS LCD dan bateri 7100mAh.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN