Close

TIME bakal perkenalkan pakej MyKabel – RM69 sebulan dengan kelajuan 100Mbps


Sehubungan dengan pengumuman Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap mampu milik untuk golongan B40. TIME mengumumkan yang mereka bakal menawarkan rebat RM30 untuk pakej internet 100Mbps yang berharga RM99 sebulan.



Pakej yang dipanggil sebagai MyKabel menawarkan kelajuan 100Mbps dengan hanya RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan. Pakej ini menyertakan data tanpa had dengan kelajuan 100Mbps untuk muat turun dan juga muat naik. Melalui pakej MyKabel ini, pengguna bakal menikmati penjmatan sebanyak RM720 sepanjang tempoh kontrak. 


Walaubagaimanapun, pakej MyKabel ini hanya akan tersedia bermula Mac sehingga Disember 2023. TIME turut menyatakan yang pakej ini hanya akan tersedia di beberapa kawasan Program Perumahan Rakyat sahaja buat masa ini, akan diperluaskan secara berperingkat dari masa ke semasa.


Senarai kawasan yang tersedia untuk pakej MyKabel :

  • PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
  • PPR Kota Damansara, Selangor
  • PPR Lembah Subang, Selangor
  • PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
  • PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
  • PPR UDA Utama, Johor
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)

TIME dijangka akan memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai pakej MyKabel melalui laman web rasmi mereka tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN