6 buah negara yang akan menerima sokongan tersebut adalah Belanda, Belgium, Austria, Itali, Luxembourg dan Portugal. Sebelum ini, fungsi SOS kecemasan melalui satelit ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat. Fungsi ini juga boleh digunakan untuk menjejak peranti melalui Find My. Buat masa ini, fungsi ini ditawarkan secara percuma selama dua tahun.
Apple dijangka akan memperluaskan sokongan komunikasi satelit kepada lebih banyak negara pada masa akan datang. Buat yang tidak mengetahui, fungsi ini hanya tersedia untuk siri iPhone 14 sahaja.