Close

PlayStation 5 kini boleh dibeli secara terus di Malaysia


Konsol paling laris dalam sejarah Sony iaitu PlayStation 5 kini boleh dibeli secara terus di Malaysia. Perkara tersebut dikongsi oleh Sony Centre Mid Valley Megamall melalui akaun Facebook rasmi mereka.



Berikutan dari itu, tiada lagi pembelian secara pra-tempahan seperti mana yang dilakukan oleh Sony sebelum ini. Perkongsian ini juga adalah satu berita gembira buat bakal pembeli PlayStation 5, tidak lagi perlu menunggu untuk membeli konsol tersebut.


PlayStation 5 telah dilancarkan pada November 2020. Ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra HD Blu-ray dan Edisi Digital. Di Malaysia, PlayStation 5 dijual pada harga RM2,499 untuk Ultra HD Blu-ray dan RM2,069 untuk Edisi Digital.


Pada Januari, Sony mengumumkan yang syarikat tersebut telah berjaya menjual lebih dari 30 juta unit PlayStation 5 di seluruh dunia. Ia merupakan pencapaian terbaik Sony selepas berjaya menyelesaikan masalah penghantaran yang melanda sebelum ini.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN