Close

Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan akan hadir dengan satu pilihan cip sahaja

Biarpun, sebelum ini beberapa pakar tiris menyatakan yang Samsung tidak akan melancarkan Galaxy S23 FE pada tahun ini. Namun, laporan terbaru menyatakan sebaliknya dengan peranti tersebut akan dilancarkan pada suku ke-4 tahun 2023.

Menurut SamMobile, Samsung akan melancarkan Galaxy S23 FE pada tahun ini iaitu sekitar Oktober atau Disember. Galaxy S23 FE dijangka akan hadir dengan satu pilihan cip sahaja untuk semua pasaran dan cip tersebut adalah Exynos 2200. Tidak seperti siri FE sebelum ini, yang ditawarkan dalam dua pilihan cip Snapdragon atau Exynos.

Spesifikasi lain yang dijangka akan dimuatkan pada Galaxy S23 FE adalah seperti bateri 4500mAh, pengecasan pantas 25W, kamera utama 50MP, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kod model yang akan digunakan adalah SM-S711x, yang mana kod model ini dilihat sama seperti kod model semasa siri Galaxy S.

Sekiranya laporan ini tepat, kita bakal menyaksikan kemunculan semula barisan Galaxy FE, kali terakhir barisan ini dilancarkan adalah pada tahun 2022 melalu model Galaxy S21 FE.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN