Umum sedia maklum bahawa pihak Daihatsu telahpun mengaku bahawa mereka memalsukan data ujian keselamatan yang dijalankan untuk permohonan kelulusan keselamatan dan terdapat 88,000 unit kenderaan yang terlibat termasuk Toyota Yaris Ativ (Vios), Toyota Agya, Perodua Axia dan sebuah lagi model Daihatsu.
Isu ini telah mendapat respon yang kurang baik dari rakyat Malaysia dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad turut mengeluarkan kenyataan beliau terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan.
Bermakna, model Axia 2023 di Malaysia tidak terjejas dan tiada program panggil semula.
"Kami mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan kami lebih dari segala-galanya dan kami akan terus melakukannya sebagai sebahagian daripada amalan kami untuk ‘Melangkaui’ apa yang dijangka".
Jadi, pengguna Perodua di Malaysia tidak perlu khuatir tentang isu keselamatan yang melibatkan kereta Perodua, lebih-lebih lagi model Axia 2023 terbaru yang terpalit dengan isu ini.