Close

Peranti boleh-lipat dari OnePlus mungkin akan dilancarkan pada Ogos ini


Perkembangan arena peranti boleh-lipat kini dilihat semakin memberangsangkan. Hampir kesemua pengeluar utama telahpun menawarkan atau memperlihatkan peranti boleh-lipat mereka termasuk Google yang telah mendedahakan rekaan Pixel Fold baru-baru ini.


Terbaru, terdapat laporan mendedahkan peranti boleh-lipat pertama dari OnePlus dijangka akan dilancarkan pada Ogos ini. Laporan ini dilihat seiring dengan laporan sebelum ini yang mengesahkan OnePlus akan menawarkan peranti boleh-lipat pada tahun ini.


Buat masa ini tiada sebarang maklumat yang didedahkan mengenai peranti boleh-lipat dari OnePlus. Berkemungkinan, OnePlus akan menawarkan dua peranti boleh-lipat iaitu OnePlus V Fold dan OnePlus V Flip. Kedua-dua peranti ini dijangka akan membawakan rekaan yang mirip seperti peranti boleh-lipat dari Oppo.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN