Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi “username”


Seperti yang kita tahu, aplikasi sosial popular iaitu WhatsApp ketika ini menggunakan nombor telefon sebagai medium utama untuk mengenal pengguna. Terbaru, WhatsApp dijangka akan memperkenalkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna memilih nama pengguna iaitu username untuk digunakan pada profil.



Menurut WABetainfo, fungsi baharu ini telahpun dikesan pada aplikasi WhatsApp dengan nombor binaan 2.23.11.15 dan dikatakan telahpun berada dalam fasa ujian. Pengenalan fungsi ini dikatakan sebagai penambahan kepada satu lagi lapisan keselamatan membolehkan pengguna berkongsi profil tanpa mendedahkan nombor telefon.


Buat masa ini, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan ditawarkan untuk semua pengguna secara global. Sebelum ini, WhatsApp telahpun membawakan fungsi privasi baharu iaitu Chat lock, yang mana fungsi baharu ini membolehkan pengguna untuk mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN