Close

Ini senarai pakej 5G RAHMAH yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi


Kerajaan telahpun melancarkan pakej 5G RAHMAH untuk rakyat Malaysiasekaligus membolehkan rakyat menikmati rangkaian 5G dengan harga lebih mampu milik. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi senarai pakej 5G RAHMAH yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi.


U Mobile Pakej 5G Terpaling Rahmah


U Mobile hadir dengan pakej 5G terpaling Rahmah dengan harga langganan RM58 sebulan. Pakej ini menawarkan data 200GB untuk 5G/4G dan boleh digunakan untuk hotspot. Pakej ini turut menawarkan perayauan data di Indonesia, Singapura dan Thailand.
Pakej asal untuk pelan ini adalah U Postpaid 68. Namun, untuk pakej 5G terpaling Rahmah ia ditawarkan dengan rebat RM10 menjadikan harga langganan RM58 dengan kontrak selama 24 bulan.
Pakej 5G Terpaling Rahmah ini turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM240. Bagi kategori B40, 100,000 pendaftaran pertama layak untuk membeli peranti ini  pada harga RM120.
Pakej 5G RAHMAH Maxis 

Maxis turut hadir dengan Pakej 5G Rahmah dengan harga langganan RM60 sebulan. Pakej ini menawarkan data sebanyak 105GB dan juga perayauan data di 3 negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.
Pakej asal pelan ini adalah Hotlink Postpaid yang berharga RM70. Namun, untuk Pakej 5G RAHMAH ia ditawarkan dengan rebat RM10 menjadikan harga langganan RM60 dengan kontrak selama 24 bulan.
Pakej ini turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga yang lebih murah iaitu RM239 dan RM219. Tidak ketinggalan ia turut menawarkan peranti 5G pada harga RM120 untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40.
Pakej 5G RAHMAH CelcomDigi 
Syarikat telekomunikasi gabungan iaitu CelcomDigi turut menawarkan Pakej 5G RAHMAH secara berasingan melalui pelan Celcom Xpax dan Digi. 

Untuk Digi, ia hadir dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G, Pakej ini turut menawarkan panggilan tanpa had dan pengguna boleh menambah had data dengan bayaran RM10.

Manakala untuk Celcom, ia turut hadir dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G. Pakej ini turut menawarkan panggilan tanpa dan paling menarik terdapat kuota untuk penstriman YouTube dan media sosial tanpa had.
 
Pakej ini turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga yang lebih murah iaitu RM239 dan RM119. Tidak ketinggalan ia turut menawarkan peranti 5G pada harga RM120 untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40.

Pakej 5G RAHMAH Unifi Mobile


Unifi Mobile tidak ketinggalan untuk menawarkan Pakej 5G RAHMAH dengan pelan langganan berharga RM60 sebulan. Pakej ini didatangkan dengan data sebanyak 60GB 5G/4G, 10GB untuk data hotspot dan panggilan tanpa had.

Pakej asal pelan ini adalah Uni5G Postpaid dengan harga RM65. Namun, untuk Pakej 5G RAHMAH ia ditawarkan dengan rebat RM5 menjadikan harga langganan RM60 dengan kontrak selama 24 bulan.

Pakej ini turut menawarkan peranti HONOR 90 Lite dan Samsung Galaxy A14 5G pada harga RM240. Tidak ketinggalan ia turut menawarkan peranti 5G pada harga RM120 untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40.

Yes 5G Power 35 Rahmah


Yes 5G adalah syarikat telekomunikasi pertama yang melancarkan pakej 5G RAHMAH melalui pelan Yes Power 35 Rahmah. Ia juga pakej termurah dengan harga langggan RM35 sebulan.

Pakej didatangkan dengan data sebanyak 100GB bersama kelajuan tanpa had dan turut menyokong panggilan tanpa had.

Berbeza dengan yang penawaran yang lain, Yes 5G menawarkan 4 peranti iaitu HONOR 90 Lite, Samsung Galaxy A14 5G, ZTE Blade Z73 dan Vivo Y55+ 5G yang boleh dibeli pada harga RM240. Tidak ketinggalan ia turut menawarkan peranti 5G pada harga RM120 untuk 100,000 pelanggan pertama kategori B40.

Kesemua pakej ini telahpun tersedia untuk rakyat Malaysia bermula 31 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kesemua pakej ini didatang dengan kontrak selama 24 bulan dan jaminan peranti selama 24 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN