Samsung Galaxy Fold adalah peranti dengan skrin boleh lipat yang pertama keluaran Samsung. Seterusnya
Galaxy Z Flip. Dan kini terdapat ura-ura bahawa Samsung akan memperkenalkan satu lagi iaitu
Galaxy Fold 2 sekitar tahun ini.
Menerusi maklumat yang tertiris sebelum ini, Samsung mungkin akan menggunakan
teknologi kamera dibawah skrin seperti yang pernah diperlihatkan oleh Oppo dan Xiaomi sebelum ini.
Dalam pada itu, pakar maklumat dan rekaan konsep tertiris iaitu
Ben Geskin telah kongsikan gambaran Galaxy Fold 2 yang mempunyai rekaan seperti Galaxy Fold pertama dengan perbezaan dari segi rekaan kamera, skrin luar yang dilihat lebih besar dan paparan skrin dalam yang
tiada lagi takuk kamera yang besar.
Spesifikasi yang tertiris :
- Skrin utama 7.7-inci QXGA+ AMOLED
- Paparan 120Hz
- Skrin luar 6.4-inci FHD+ Super AMOLED
- Snapdragon 865
- Rangkaian 5G
- 4 Kamera : 64MP + 12MP + 12MP + DepthVision
- Swafoto 10MP dibawah skrin
- Menyokong S-Pen