Close

Siri Huawei P60 dan Mate X3 akan dilancarkan secara global pada 9 Mei ini

Huawei baharu sahaja melancarkan siri Huawei P60 dan Huawei Mate X3 untuk pasaran China semalam. Terkini, Huawei telah menjadualkan acara pelancaran siri Huawei P60 dan Huawei Mate X3 secara global pada 9 Mei yang akan berlangsung di Munich, Jerman.

Di China, siri Huawei P60 dilancarkan dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, kemampuan kamera yang ditala dengan sistem XMAGE serta keupayaan komunikasi satelit dua hala. Selain itu, turut hadir dengan penarafan IP68, kaca Kunlun dan juga sistem operasi Harmony OS 3.1.

Manakala untuk Huawei Mate X3, ia hadir dengan skrin luar bersaiz 6.4-inci OLED LTPO dan skrin dalam bersaiz 7.85-inci OLED LTPO. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Bateri 4800mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Pada acara tersebut, Huawei dijangka akan turut mengumumkan beberapa lagi peranti pintar lain seperti Huawei Watch Ultimate dan juga TWS FreeBuds 5. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN